Posts

Showing posts from November, 2018

5 Negara Yang Mempunyai Harga Petrol Paling Rendah Di Dunia

Image
Tahukah anda di mana minyak petrol mempunyai harga terendah? Sebelum kita melihat senarai, kami ingin kongsikan kepada anda satu perkara. Purata harga petrol di seluruh dunia untuk kesemua negara adalah RM2.78. Itu satu amaun yang menunjukkan harga di negara kita, masih lagi berada dalam keadaan terkawal. Mari kita lihat 5 negara yang mempunyai harga petrol terendah setakat 15 November 2017. 5. Iran (RM1.42) Jika mengikut perancangan, Iran mempunyai potensi untuk menjadi salah satu kuasa ekonomi dunia. Mempunyai bekalan minyak yang banyak. Disokong oleh populasi yang muda dan mempunyai pendidikan tinggi, ada beberapa isu yang akan dihadapi Iran dalam menjadi kuasa ekonomi dunia. Masalah kurangnya ketelusan dalam polisi, kadar inflasi yang tinggi, kadar pengangguran yang tinggi dan masalah korupsi di kalangan pegawai kerajaan mungkin menjadi batu penghalang kepada Iran. Ekonomi Iran masih bergantung dengan harga minyak sehinggakan mereka menghadapi kesukaran teruk ketik

5 Ahli Perniagaan Terkenal Dunia Yang Mempunyai Tabiat Unik

Image
Ikon-ikon usahawan selalunya dilihat serius, kerana imej yang mereka bawa perlu mencerminkan perniagaan yang mereka pegang. Atas sebab imej itu yang dapat kita lihat setiap hari, ada kalanya kita terlepas pandang untuk melihat individu sebenar di sebalik tokoh-tokoh ini. Ada ketikanya individu-individu berpengaruh ini membenarkan kita melihat sendiri siapa mereka yang sebenarnya di sebalik imej serius yang kerap kali dipaparkan, yang akan membuatkan kita sendiri tidak menyangka sifat sebenar mereka yang tak pernah kita ketahui sebelum ini. Berikut adalah 5 (atau 6) ahli perniagaan paling berpengaruh di dunia yang sebenarnya menyimpan hobi lain, yang kita tak sangka mereka gemar melakukannya. 1. Warren Buffett adalah seorang pemain ukulele Warren Buffett bukan sekadar gemar memberikan nasihat tentang perniagaan dan cara-cara membentuk kekayaan, beliau juga sebenarnya gemar memuat naik video beliau menyanyi dan bermain ukulele. Bukan sekadar itu saja, dalam banyak perjumpaan

Bagaimana Sistem GPS Berfungsi?

Image
Zaman sekarang ni, nak ke mana-mana kita tak perlu lagi dah bertanya panduan jalan atau melukis peta. Hanya buka saja telefon dan buka aplikasi GPS. Satu masa dulu, sistem GPS pun memerlukan peranti berbeza namun berkat kecanggihan teknologi, GPS kini tersedia dalam telefon kita serta boleh diakses bila-bila masa. Tulis saja nak ke mana, aplikasi akan memberikan kita panduan, anggaran masa perjalanan serta waktu ketibaan kita yang agak tepat. Pernahkah anda terfikir bagaimana sebenarnya sistem GPS ini berfungsi? Sejarah GPS GPS atau Global Positioning System merupakan sebuah sistem navigasi satelit (satnav) yang menggunakan penerima isyarat radio untuk mengesan isyarat yang dipancarkan oleh satelit yang mengorbit bumi. GPS dibina berasaskan kepada penemuan semasa era satelit Sputnik sejak tahun 1940-an, di mana saintis berjaya mengenalpasti kedudukan satelit tersebut disebabkan oleh perubahan pada gelombang radio, yang digelarkan sebagai 'kesan Doppler.' Pada zam

5 Peribahasa Melayu Yang Sering Disalahertikan

Image
Bahasa Melayu adalah antara bahasa yang paling unik di dunia. Pernah menjadi lingua franca pada satu ketika dulu, bahasa ibunda ini mempunyai lenggok yang tersendiri. Disebabkan ini, orang-orang dahulu kerap bercakap menggunakan kias-kias membuatkan pelbagai peribahasa wujud. iluminasi.com  ingin kongsikan 5 peribahasa yang sering disalahertikan.  1. Melepaskan batuk di tangga Peribahasa ini membawa maksud melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh. Namun, jika difikirkan tiada rasionalnya peribahasa ini dengan maksudnya. Kerana apa kena mengena batuk di tangga dan melakukan perkara dengan sambil lewa, kan? Jadi apa yang menggambarkan melakukan sesuatu dengan cermat? Melepaskan angin di tangga? Atau melepaskan batuk di tempat lain selain tangga? Sebenarnya ejaan yang betul bukanlah batuk, tetapi batok. Bagi yang tak tahu, batok adalah tempurung kelapa yang dijadikan penceduk air untuk membasuh kaki di tangga rumah orang-orang dulu. Jadi jika seseorang itu me

6 Pakaian Seragam Tentera Paling Pelik Dan Rare Di Dunia

Image
pasukan polis Fiji Perarakan tentera dianggap sebagai peristiwa penting yang digunakan oleh mana-mana tentera untuk menunjukkan keupayaan dan kemahiran mereka. Semasa perarakan ini, mereka memakai pakaian seragam khas dan berbaris dalam formasi yang menarik perhatian penonton. Acara-acara ini merupakan peluang yang baik untuk menunjukkan sejarah dan budaya negara tertentu. Pakaian tentera adalah sejenis pakaian seragam bagi memudahkan pengenalan dan pengecaman. Memakai pakaian seragam adalah suatu kemestian. Memilih pakaian seragam tertentu bukanlah satu kerja yang mudah untuk mana-mana negara. Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting tentang pakaian seragam mana-mana pasukan tentera adalah ia kelihatan tegas dan gagah. Akan tetapi, terdapat beberapa tentera dengan pakaian seragam yang sangat unik dan pelik. iluminasi.com kongsikan 6 pasukan tentera dengan pakaian seragam paling pelik dan rare. 1. Hussar bersayap Pada tahun 1570-an, Raja Stephen Bathory te