5 Peribahasa Melayu Yang Sering Disalahertikan

awek kampung
Bahasa Melayu adalah antara bahasa yang paling unik di dunia. Pernah menjadi lingua franca pada satu ketika dulu, bahasa ibunda ini mempunyai lenggok yang tersendiri.
Disebabkan ini, orang-orang dahulu kerap bercakap menggunakan kias-kias membuatkan pelbagai peribahasa wujud.
iluminasi.com ingin kongsikan 5 peribahasa yang sering disalahertikan. 

1. Melepaskan batuk di tangga

peribahasa yang disalahertikan melepaskan batuk di tangga 254
Peribahasa ini membawa maksud melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh. Namun, jika difikirkan tiada rasionalnya peribahasa ini dengan maksudnya. Kerana apa kena mengena batuk di tangga dan melakukan perkara dengan sambil lewa, kan?
Jadi apa yang menggambarkan melakukan sesuatu dengan cermat? Melepaskan angin di tangga? Atau melepaskan batuk di tempat lain selain tangga?
Sebenarnya ejaan yang betul bukanlah batuk, tetapi batok. Bagi yang tak tahu, batok adalah tempurung kelapa yang dijadikan penceduk air untuk membasuh kaki di tangga rumah orang-orang dulu.
peribahasa yang disalahertikan melepaskan batuk di tangga 2 285
Jadi jika seseorang itu membasuh kaki menggunakan batok dan meletakkannya di tangga, bukan di tempat asalnya, ia menunjukkan seseorang itu melakukan perkara dengan sambil lewa dan tidak habis.
Mungkin disebabkan sebutannya yang sama dengan batuk dan batok tidak lagi digunakan pada zaman ini membuatkan peribahasa ini disalahertikan.

2. Harapkan pagar-pagar makan padi

peribahasa yang disalahertikan harapkan pagar pagar makan padi
Peribahasa ini membawa maksud harapan yang diletakkan kepada seseorang akhirnya dirosakkan. Jika peribahasa ini difikirkan secara langsung, tidak logiklah bagi pagar untuk memakan padi kerana ia tidak hidup dan mempunyai mulut.
Jadi kenapa pula ia nak makan padi? Mungkin pagar-pagar ini menghalang pertumbuhan padi secara tak langsung menyebabkan kerencatan tanaman padi.
Namun perkataan sebenar yang digunakan adalah pegar, bukan pagar.
peribahasa yang disalahertikan harapkan pagar pagar makan padi 3
Pegar merupakan sejenis spesis burung yang memakan haiwan perosak di sekitar kawasan sawah yang mana diberi kepercayaan oleh pesawah untuk menjaga tanaman padi.
Tidak diketahui pesawah bahawa spesis burung ini juga menjadikan padi sebagai makanannya, yang membuatkan terhasilnya peribahasa ini.
peribahasa yang disalahertikan harapkan pagar pagar makan padi 2
Baru lah masuk akal sikitkan? Kesilapan peribahasa ini mungkin berlaku kerana kesalahan terjemahan daripada tulisan jawi kepada rumi.

3. Mata keranjang

peribahasa yang disalahertikan mata keranjang
Mata keranjang bermaksud seseorang yang pantang melihat wanita cantik. Bagi yang tak tahu, keranjang merupakan sebuah bakul yang diperbuat daripada anyaman rotan dan buluh. 
Jika diterjemah secara langsung, adakah ia bermaksud mata bakul rotan? Macam pelik kan? Namun jika kita lihat dengan lebih dekat kepada ejaan peribahasa ini, adalah lebih munasabah untuk kita katakan ia sebenarnya adalah "mata ke ranjang", bersesuaian dengan maksudnya.
Ranjang bermaksud tempat tidur atau katil dan peribahasa ini mungkin bermaksud mata yang melihat seorang perempuan sehinggakan terbayang hingga ke ranjang.

4. Saling tak tumpah

peribahasa yang disalahertikan saling tak tumpah 2
Saling tak tumpah bermaksud benar-benar serupa atau tiada perbezaan. Namun terdapat kesalahan ejaan di sini yang sebenarnya adalah salin, bukan saling.
Dewan Bahasa dan Pustaka mengesahkan perkara ini dengan menjelaskan bahawa salin itu bermaksud meniru, menekap atau mendua.
Jadi ia lebih relevan kepada peribahasa ini daripada "saling tak tumpah".

5. Merah padam

peribahasa yang disalahertikan merah padam
Menurut Alif Danya Munsyi, peribahasa ini sebenarnya bukanlah berbunyi "merah padam" tetapi "merah padma" yang bermaksud. Padma adalah sejenis bunga teratai yang mempunyai warna merah kemerah-merahan yang juga dikenali sebagai teratai merah.
Jika ia merah padam, ia lebih cenderung bermaksud merah gelap. Bagaimana peribahasa yang begitu pendek ini dengan dua patah perkataan sahaja pun boleh disalahertikan.
peribahasa yang disalahertikan merah padam 2
Segalanya berbalik kepada penterjemahan daripada tulisan jawi kepada rumi.
Perkataan padma dalam bahasa jawi disalah anggap sebagai padam.

Diharapkan selepas ini kita lebih peka terhadap perkara seperti ini kerana peribahasa adalah peninggalan yang sangat berharga buat kita. Jika kita tak menjaganya, siapa akan menghargainya?
Wallahualam
Sumber :

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Eksekutif Bank Yang Menggodam Sistem Untuk Mencuri 1 Sen- Aman Shah

6 Sebab Kenapa 7 Eleven Di Jepun Adalah Yang Terbaik Di Dunia