Posts

Showing posts from December, 2018

Perspektif Islam Berkenaan Menunaikan Janji/Manifesto: Harus Atau Wajib

Image
100 hari Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan baru semakin hampir namun keluhan berkenaan janji yang tidak dilaksanakan, diselangi kenyataan-kenyataan yang sedikit sebanyak membuktikan wujudnya usaha mengaburi mata pengundi sebelum pilihanraya, agak mencacatkan juga persepsi masyarakat pada kerajaan ketika ini. Apakah manifesto yang dijaja sebelum pilihanraya serta janji-janji yang terkandung di dalamnya tiada nilai? Kita rakyat Malaysia memang sudah terbiasa dijaja manifesto-manifesto yang akhirnya tinggal angin, tetapi tidak pernah lagi berlaku dalam skala sebesar janji kerajaan sekarang. Apakah perspektif syariah berkenaan hal ini? Kami rumuskan serba sedikit pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkenaan janji manifesto pilihanraya. Adakah perlu dipenuhi atau sebenarnya manifesto bukan janji? Menurut tulisan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau cenderung untuk menamakan manifesto sebagai satu wadah penyampaian se

Empat Haiwan Yang Dilarang Umat Islam Untuk Membunuhnya

Image
Rimas betul kita dengan semut. Apatah lagi apabila jumlahnya semakin banyak sehinggakan bersarang di tempat-tempat sempit di rumah kita. Pergi ke pasaraya, kita dapat melihat bermacam jenis ubat pembunuh semut sama ada dalam bentuk semburan, perangkap atau racun yang akan diangkut balik lalu bertindak membunuh seluruh koloni semut. Tahukah anda semut adalah antara 4 serangga dan haiwan yang kita dilarang membunuhnya? 1. Semut Secara asasnya, Islam melarang umatnya membunuh semut tanpa sebarang sebab. Semut mempunyai surah khas untuk mereka iaitu surah An-Naml, yang diambil bersempena kisah Nabi Sulaiman as. dan ketua semut yang berkomunikasi dengan Nabi Sulaiman as. memohon pertolongan agar bala tentera Nabi Sulaiman as. tidak memijak mereka. 2. Lebah Dalam al-Quran ada satu surah yang dengan jelas menceritakan peranan besar lebah pada hidup manusia. Surah An-Nahl, ayat 68 dan 69 yang menyatakan dengan jelas arahan Allah swt. pada lebah di mana mereka patut t

Pandangan Dan Hukum Amalan Ziarah Kubur Sewaktu Pagi Raya Menurut Islam

Image
Selain bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi raya, salah satu aktiviti yang kita jarang  skip  ialah pergi menziarahi kubur orang tersayang. Meskipun ziarah kubur bukanlah amalan yang diwajibkan dalam islam pada pagi 1 Syawal, tetapi rasa seperti tidak lengkap hari lebaran sekiranya tidak berziarah. Ziarah Kubur Merupakan Amalan Sunat Menurut beberapa nas dan pendapat sahih, amalan ziarah kubur adalah  sunat  dan digalakkan untuk mengingatkan kita pada kematian dan hari akhirat. Walaupun begitu suatu ketika dahulu Rasulullah S.A.W pernah melarang para sahabat untuk ziarah kubur. Tetapi tidak lama kemudian berdasarkan sebuah hadis, Baginda mengizinkan, malah menyuruh para sahabat untuk turut berziarah. Adalah aku dahulu telah melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah Hadis Riwayat Muslim Terdapat juga riwayat hadis sahih lain yang tidak melarang amalan ini, antaranya ialah: Menurut sebuah hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah

Hukum Menggodam Laman Web Yang Tidak Senonoh Menurut Islam

Image
Salah satu ujian terbesar bagi manusia pada zaman moden berbanding zaman dahulu ialah apa yang mata melihat. Kini banyak laman web atau akaun media sosial yang menyebarkan gambar atau video lucah, tidak menutup aurat, perbuatan sumbang dan banyak lagi. Umat Islam juga tidak terlepas daripada zina kecil seperti ini. Tumpuan bukan hanya pada internet sahaja malah televisyen, majalah, buku dan juga pendedahan di luar turut terlibat dalam menyumbang kepada dosa mata yang melihat. Segala perbuatan manusia ini pasti akan diberi balasan oleh Allah SWT sama ada dalam bentuk bala bencana ataupun seksaan di akhirat. Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum : Ayat 41 "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."