Empat Haiwan Yang Dilarang Umat Islam Untuk Membunuhnya

burung hud hud yang gagah
Rimas betul kita dengan semut. Apatah lagi apabila jumlahnya semakin banyak sehinggakan bersarang di tempat-tempat sempit di rumah kita.
Pergi ke pasaraya, kita dapat melihat bermacam jenis ubat pembunuh semut sama ada dalam bentuk semburan, perangkap atau racun yang akan diangkut balik lalu bertindak membunuh seluruh koloni semut.
Tahukah anda semut adalah antara 4 serangga dan haiwan yang kita dilarang membunuhnya?

1. Semut

semut besar dan semut kecil
Secara asasnya, Islam melarang umatnya membunuh semut tanpa sebarang sebab. Semut mempunyai surah khas untuk mereka iaitu surah An-Naml, yang diambil bersempena kisah Nabi Sulaiman as. dan ketua semut yang berkomunikasi dengan Nabi Sulaiman as. memohon pertolongan agar bala tentera Nabi Sulaiman as. tidak memijak mereka.

2. Lebah

lebah madu menghampiri bunga
Dalam al-Quran ada satu surah yang dengan jelas menceritakan peranan besar lebah pada hidup manusia. Surah An-Nahl, ayat 68 dan 69 yang menyatakan dengan jelas arahan Allah swt. pada lebah di mana mereka patut tinggal, tugas mereka sebagai makhluk Allah di muka bumi ini dan faedah besar yang dibawa oleh lebah kepada manusia.

3. Burung hud-hud

burung hud hud
Burung yang menjadi tema kepada lagu klasik M.Nasir ini agak sukar dijumpai di negara kita. Menjadi salah satu binatang yang disebut secara jelas dalam Kitab Al-Quran dalam surah An-Naml bermula ayat 22 atas usahanya memerhatikan manusia dan hubungan spesis ini dengan Nabi Sulaiman As., burung hud-hud adalah salah satu burung yang dilarang pada umat Islam membunuhnya.

4. Burung shurad

adakah ini burung shurad
Burung shurad tidak disebutkan dalam al-Quran atau mempunyai kisah pertalian dengan mana-mana Nabi melainkan disebut sebagai salah satu haiwan yang tidak patut dibunuh melalui hadis dua hadis  “Rasulullah saw. melarang membunuh shurad, katak, semut, dan hud-hud. (HR. Ibnu Majah)" dan "Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. dia berkata, Rasulullah melarang kami membunuh empat macam binatang: semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad (HR. An-Nasa’i dan Ahmad).
Burung shurad ini dikatakan sejenis burung yang kepala dan paruhnya besar, perutnya berwarna putih dengan punggung berwarna kehijauan, memakan binatang-binatang kecil lain. Hidup di kawasan Afrika dan gemar tinggal dalam kawasan yang terbuka seperti padang rumput dan savana.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Eksekutif Bank Yang Menggodam Sistem Untuk Mencuri 1 Sen- Aman Shah

5 Peribahasa Melayu Yang Sering Disalahertikan

6 Sebab Kenapa 7 Eleven Di Jepun Adalah Yang Terbaik Di Dunia