Bagaimana Sistem GPS Berfungsi?
Zaman sekarang ni, nak ke mana-mana kita tak perlu lagi dah bertanya panduan jalan atau melukis peta. Hanya buka saja telefon dan buka aplikasi GPS. Satu masa dulu, sistem GPS pun memerlukan peranti berbeza namun berkat kecanggihan teknologi, GPS kini tersedia dalam telefon kita serta boleh diakses bila-bila masa. Tulis saja nak ke mana, aplikasi akan memberikan kita panduan, anggaran masa perjalanan serta waktu ketibaan kita yang agak tepat. Pernahkah anda terfikir bagaimana sebenarnya sistem GPS ini berfungsi? Sejarah GPS GPS atau Global Positioning System merupakan sebuah sistem navigasi satelit (satnav) yang menggunakan penerima isyarat radio untuk mengesan isyarat yang dipancarkan oleh satelit yang mengorbit bumi. GPS dibina berasaskan kepada penemuan semasa era satelit Sputnik sejak tahun 1940-an, di mana saintis berjaya mengenalpasti kedudukan satelit tersebut disebabkan oleh perubahan pada gelombang radio, yang digelarkan sebagai 'kesan Doppler.' Pada zam...