Bukan Jantan Kalau Tidak Minat Motosikal
Deruman bunyi enjin motosikal berkuasa tinggi menyebabkan jiwa-jiwa jantan yang meminati motosikal berkuasa tinggi menjadi bergerodak lebih-lebih lagi jika motosikal tersebut mempunyai kuasa kuda yang tinggi(CC), iaitu 1000(CC) dan ke atas lalu dipadankan dengan ekzos Akrapovic, Termignoni, Leo Vince, Arrow, Yoshimura, Sc Project dan sebagainya. Kebanyakan motosikal yang baharu kebiasaannya mempunyai ekzos yang standard yang bunyinya tidak begitu merdu dan nyaring. Hal ini menyebabkan motosikal kita kelihatan tidak begitu menarik untuk ditunggangi. Di Malaysia, taburan pengguna motosikal berkuasa tinggi lebih tertumpu di kawasan bandar kerana para pemilik motosikal berkuasa tinggi merupakan golongan-golangan yang 'bangsawan'. Kos untuk melakukan rutin servis bagi sesebuah motosikal berkuasa tinggi juga amatlah tinggi. Kita sedia maklum bahawa harga sebuah motosikal berkuasa tinggi adalah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan harga sebuah motosikal kapcai. Ada juga motosikal berkuasa tinggi yang mencecah harga setengah juta ringgit, seperti Bmw Hp4 Race dan Honda rc213v prototaip yang merupakan motosikal yang menggunakan kasis karbon sepenuhnya dan dilengkapi dengan ciri-ciri elektronik yang sama seperti digunakan pada motosikal perlumbaan 'MOTOGP'. Harga motosikal ini tidak menjadi halangan kepada sesetengah orang yang mempunyai jiwa yang mendalam terhadap minat sukan permotoran asalkan mempunyai duit yang cukup. Aktiviti konvoi bermotosikal merupakan aktiviti yang selalu dominan bagi seseorang bikers.
BMW HP4 RACE |
HONDA RC213V |
Terdapat pelbagai jenis motosikal berkuasa tinggi iaitu jenis superbike, tourer, naked, hyperbike, chopper, dan dirt bike. Jenis motosikal ini adalah berdasarkan citarasa masing-masing.
![]() |
Superbike (DUCATI PANIGALE V4 SPECIALE) |
Tourer (BMW GS 1200 ADVENTURE) |
![]() |
Naked (YAMAHA MT-10) |
![]() |
Hyperbike (DUCATI HYPERMOTARD 1100) |
![]() |
Chopper (HARLEY DAVIDSON) |
![]() |
Dirt Bike (SUZUKI RM-Z450) |
Bagi kebanyakan orang muda yang inginkan kelajuan, mereka akan memilih untuk memiliki motosikal jenis superbike. Motosikal jenis ini memang sesuai untuk digunakan di litar trek kerana bentuknya yang dapat mengurangkan rintangan angin. Tapi perlu diingatkan bahawa motosikal jenis ini tidak sesuai untuk ditunggangi bagi jarak yang jauh kerana boleh menyebabkan kita cepat sakit belakang. Maka, tidak hairanlah jika ramai golongan muda yang mendominasi motosikal jenis superbike.
![]() |
SEPANG CIRCUIT |
Bagi motosikal jenis tourer pula, motosikal jenis ini sangat sesuai untuk berkonvoi secara jarak jauh. Kebanyakan pemilik motosikal jenis ini merupakan golongan yang berusia.
Motosikal jenis naked bike pula sangat sesuai untuk digunakan di kawasan bandar kerana motosikal jenis tersebut amat senang untuk dikendalikan. Hal ini kerana saiznya yang begitu kecil dan ringan amat mudah untuk 'cilok mencilok' di kawasan bandar terutamanya apabila berlaku kesesakan lalu lintas.
Hyperbike pula sama tinggi dengan tourer bike tapi dia lebih nampak garang. Mungkin motosikal ini amat sesuai kepada golongan muda yang mahukan kelainan.
Motosikal jenis chopper pula merupakan motosikal yang dianggap sebagai motosikal yang sesuai untuk bersantai. Motosikal ini amat sesuai kepada pasangan suami isteri yang suka untuk berkonvoi. Motosikal ini juga dilengkapi radio. Haa jika kita bosan menunggang motosikal, radio ini menjadi peneman anda sepanjang perjalanan.
Ok yang last sekali ialah motosikal jenis dirt bike. Motosikal jenis ini amat kurang diminati oleh masyarakat kerana motosikal ini hanya digunakan di dalam kawasan hutan dan perlumbaan sahaja. Amat tidak sesuai jika untuk digunakan di atas jalan raya.
Ok sekian sahaja daripada saya. Maaf jika terdapat sebarang maklumat yang salah dalam entri ini. Moga kita ketemu lagi pada masa akan datang. Salam Bikers.
Comments
Post a Comment