Cita-Citaku Yang Tidak Kesampaian

Dulu aku mempunyai cita-cita yang tinggi. Sejak kecil lagi aku suka melihat kapal terbang. Entah kenapa aku tetiba suka melihat kapal terbang setelah ayah aku membawa aku melihat kapal terbang di lapangan terbang. Mungkin salah satunya ialah bentuknya yang sangat besar serta bunyi deruman enjinnya ketika waktu berlepas dan mendarat. Dan setelah aku melihat para juruterbang dengan kesegakan bajunya, barulah muncul perasaan aku untuk menjadi juruterbang. Perasaan aku untuk menjadi juruterbang sangat membuak-buak semenjak hari itu. Dan aku bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mengejar cita-citaku itu. 



                               Image result for pilot air asia  

Sewaktu zaman persekolahan di sekolah rendah tiada masalah bagiku. Aku mampu untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. Tetapi masuk sahaja ke alam sekolah menengah sewaktu Tingkatan 4, zaman gelap aku mulai muncul. Aku bukanlah seorang yang pintar dan bersekolah di asrama penuh. Aku hanyalah insan biasa-biasa saja. Kelemahan aku ialah aku tidak mampu mengadaptasi pembelajaran subjek sains seperti Fizik dan Matematik Tambahan. Selain itu, kemahiran berbahasa Inggeris aku juga amatlah tidak memuaskan. Untuk menjadi seorang juruterbang, semua subjek tersebut perlulah mendapat gred yang tertinggi sewaktu peperiksaan SPM. Hal ini membuatkan masa depan aku untuk menjadi seorang juruterbang menjadi sangat kelam. Dan selain masalah itu, terdapat masalah lain iaitu kos untuk memasuki ke akademi penerbangan adalah sanggat tinggi. Aku berlatar belakangkan keluarga yang sederhana sahaja. Untuk mendapat tajaan penuh dalam kursus tersebut amatlah mustahil kerana aku hanya mendapat gred kepujian dalam subjek sains sewaktu SPM. Cita-citaku dari kecil berkubur begitu sahaja. Tapi aku reda kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Segala ketentuan yang Allah tetapkan amatlah baik bagi kita tanpa kita sedari ;)

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Eksekutif Bank Yang Menggodam Sistem Untuk Mencuri 1 Sen- Aman Shah

Bagaimana Sistem GPS Berfungsi?

5 Peribahasa Melayu Yang Sering Disalahertikan