Kedekut yang cerdik
Ini adalah berdasarkan kisah yang benar. Saya telah berborak dengan seorang sahabat si Jabit (bukan nama sebenar). Sahabat saya berkongsi cerita tentang sahabatnya. Mereka merupakan suami isteri yang bekerja sebagai doktor perubatan. Anda boleh bayangkan gaji kedua-duanya selepas 5 tahun bekerja. Saya fikir mungkin mencecah RM9000 sebulan untuk kedua-duanya tak termasuk dengan "menoreh" pada malam hari atau pada hujung minggu di klinik-klinik swasta.
Apa yang menariknya, si Budi (bukan nama sebenar) ialah seorang yang sangat kedekut. Namun saya suka lihat dia dengan idea kedekutnya. Di saat para doktor yang lain mula tukar kereta kepada yang lebih mahal seperti Civic, City, Crv, Vios, Bmw, Mercedes dan sebagainya, tetapi dia hanya membeli sebuah kereta Kelisa terpakai untuk kegunaan suami isteri. Ada juga sebiji motor kapcai bawah 110cc untuk kegunaan ke masjid dan surau serta ke kedai runcit.
Jabit pernah tanya kepada si Budi. Kenapa tak pakai kereta yang mewah dan besar sikit. Anak dah masuk 2 orang dah. Doktor-doktor yang lain kebanyakannya pakai kereta mewah, cikgu-cikgu pun sama naik dengan doktor dari segi berkenderaan. Dia jawab pada saya, kereta Kelisa dah habis bayar. Buat loan 5 tahun sahaja. Suami isteri kerja di tempat yang tak jauh sangat. Suami naik motor, isteri pandu kereta. Nak balik kampung pun masih dalam negeri yang sama dengan tempat bertugas. Kelisa dah cukup untuk balik berziarah.
Jabit tanya lagi. Kalau nak jalan jauh-jauh, nak bawa anak-anak dan keluarga mertua macam mana? Mampukah Kelisa nak bawa ramai-ramai? Jawapan yang sangat KEDEKUT dia berikan kepada Jabit. Kerja sebagai doktor cuti tak banyak dan tidak semudahnya untuk diambil. Boleh jalan-jalan namun bukan untuk tempoh yang panjang. Jadi katanya, "Aku sewa Alphard. Dalam 3 hari sekitar RM1000 kalau pandai bodek dengan owner kereta". Wah! Tentu rugi. Baik kau beli sendiri Budi.
Caranya begini untuk KEDEKUT. Kalau beli Alphard terpakai untuk tahun 2012, harga sekitar RM189K. Kalau buat loan 9 tahun, tentu dalam RM2K sebulan nak kena bayar. Sedangkan Dr Budi hanya pergi kerja dengan motor. Orang rumah dia pergi dengan Kelisa. Maka si Alphard ini akan tersadai di rumah. Digunakan beberapa kali sahaja dalam seminggu. Bahkan untuk perjalanan jauh hanya beberapa kali sahaja sebulan. Rugi katanya.
Walaupun dia hanya sewa Alphard dengan harga RM1000 untuk sekali sewa, namun itulah harga yang dia kena bayar sekali sahaja untuk setahun iaitu hanya pada percutian keluarga. Sedangkan owner Alphard bagi kepunyaan individu perlu bayar berbulan-bulan walaupun pandu sekejap-sekejap dan jarang-jarang. Roadtax kena tanggung, service kena bayar, tayar kena ganti. Wah, sangat KEDEKUT si Budi ni.
Lebihan gaji bulanan dia dan isteri mula menambah aset positif. Sudah ada kediaman peribadi, tanah bendang yang dibeli dan disewakan, melabur dalam amanah saham dan juga lain-lain demi masa depan. Keluarga akan terus berkembang katanya. Nanti anak dah ramai kita fikir pula cara lain untuk selesakan keluarga. Dia nasihat kepada Jabit.
Jangan tambah aset yang menjadi liabiliti dalam hidup semata-mata untuk jaga apa yang orang nak kata pada kita. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Idea ini memang sangat KEDEKUT namun jika kena pada caranya KEDEKUT sudah jadi CERDIK. Pentingnya aliran tunai yang sihat dalam kehidupan kita. Idea ini tak semestinya tepat 100% dengan kita namun boleh diubah suai.
Kesimpulannya, berbelanjalah mengikut kemampuan bukan kemahuan. Ukurlah baju di badan sendiri. Sekian.

Comments
Post a Comment