Pengalaman Belajar di Form 6

Ramai orang tidak suka untuk sambung belajar di Form 6. Salah seorangnya adalah aku hahaha. Yelah kan siapa je yang tak nak sambung belajar di universiti selepas SPM. Sebenarnya zaman Form 6 adalah zaman yang paling seronok kalau nak dibandingkan dengan zaman SPM. Mengapa aku berpendapat sedemikian. Haaa sebenarnya aku merupakan salah seorang pelajar lepasan STPM. Mari aku terangkan serba sedikit zaman aku belajar sewaktu di Form 6 dulu.


Aku sebenarnya tidak mahu pun untuk sambung belajar di Form 6. Yelah kan semua kawan-kawan kita dapat berita gembira untuk sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi seperti diploma, matrik, dan asasi. Siapa je yang tidak bosan untuk terus belajar di sekolah selama lebih 5 tahun. Tapi rezeki aku Allah dah tetapkan untuk belajar di Form 6. Aku terima dengan seadanya. Masa itu aku bertekad untuk teruskan pengajian aku di Form 6 dan alhamdullilah aku dapat survive. 


Kalau korang nak tahu, bermula pada tahun 2014, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan satu dasar baru untuk pelajar STPM iaitu pembelajarannya mengikut semester sama seperti pelajar-pelajar diploma, matrik dan asasi. Terdapat 3 semester sepanjang pembelajaran STPM. Hal ini amat disambut baik oleh para pelajar dan guru-guru kerana sistem pembelajaran modular telah dibubarkan. Selain itu, pakaian para pelajar STPM juga telah diseragamkan iaitu berpakaian smart casual. Para pelajar Form 6 tidak perlu lagi untuk berpakaian sekolah seperti aliran arus perdana.



Bersama rakan-rakan sekelas
Jadual peperiksaan STPM juga tidak terlalu padat dan hal ini membolehkan ramai pelajar untuk mendapat keputusan peperiksaan yang terbaik. Kebanyakan jadual peperiksaan ialah satu hari satu subjek sahaja. Sewaktu di Form 6 juga, pelajar didedahkan dengan pilihan raya dalam sekolah untuk memilih barisan majlis perwakilan pelajar. Hal ini untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang cara-cara proses pengundian yang sebenar berlaku di Malaysia. Apa yang paling aku suka sewaktu belajar di Form 6 ialah kita bebas untuk membawa handphone ke sekolah hahaha. Walaupun membawa handphone ke sekolah adalah salah di sisi peraturan sekolah, tetapi pelajar Form 6 diberi kelonggaran untuk membawanya tetapi dengan syarat tidak bermain handphone sewaktu pembelajaran berlangsung. 


Okay itu sahaja pengalaman aku sewaktu belajar di Form 6 dulu. Sebenarnya banyak lagi pengalaman manis aku sewaktu belajar di Form 6 dulu tetapi aku hanya ingin bercerita tentang suasana pembelajaran pelajar-pelajar STPM. Sekian, terima kasih.


Hari Graduasi


Pada hari penyampaian keputusan STPM dengan rakan-rakan seperjuangan. Alhamdullilah, telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.




























Comments

Popular posts from this blog

Kisah Eksekutif Bank Yang Menggodam Sistem Untuk Mencuri 1 Sen- Aman Shah

Bagaimana Sistem GPS Berfungsi?

5 Peribahasa Melayu Yang Sering Disalahertikan