Pengalaman Kerja di MCD
Entri kali ini aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku bekerja di MCD selepas aku habis zaman persekolahan STPM. Waktu itu boleh dikatakan semua student STPM bekerja kerana masa untuk menunggu result keluar memang agak lama iaitu hampir 10 bulan. Memang 'pishang' lah kalau kita tidak buat apa-apa kan. Lebih baik bekerja sekurang-kurangnya dapatlah jugak duit poket serta pengalaman bekerja. Aku mula bekerja selepas tamat saja peperiksaan STPM Penggal 3. Memang agak letih sikit sebab aku tidak berehat selepas peperiksaan. Kebiasaannya para pelajar akan menenangkan fikiran dahulu sebelum mencari pekerjaan. Tetapi tidak bagi aku kerana aku tahu permintaan pekerjaan selepas tempoh peperiksaan berakhir akan meningkat.
Pada hari pertama kerja, aku ditugaskan untuk berada di bahagian dapur. Kalau korang nak tahu di bahagian dapur terdapat banyak sektor iaitu terdiri daripada sektor 1,2, sinki, tempat penyejuk beku, sektor kentang goreng dan sebagainya. Untuk pengetahuan korang, akan ada beberapa orang jurulatih kru. Jurulatih kru akan memakai tie bewarna merah. Tugas jurulatih kru ialah melatih kru baharu dan memastikan para pekerja melakukan tugas dengan betul mengikut prosedur yang ditetapkan. Pihak majikan telah memberi kuasa kepada jurulatih kru untuk berkuasa di bahagian dapur. Jurulatih kru yang akan membimbing pekerja baru untuk melakukan tugas yang akan diarahkan. Aku diarahkan untuk memasak bubur MCD terlebih dahulu. Selepas itu, aku ditugaskan untuk berada di sektor 2 iaitu menggoreng patty atau nama lain daging burger. Daging patty disimpan di tempat sejuk beku supaya ianya tahan lama. Memang sangat sejuk tempat penyimpanan bahan-bahan mentah sampaikan semua pekerja menggeletar kesejukan selepas saja keluar mengambil patty. Semua pengalaman itu telah aku rasai hahaha. Kerja menggoreng patty tidak terlalu rumit kerana kita hanya perlu menggorengnya dan biarkan selama beberapa minit. Kita hanya perlu angkat selepas timer mesin menggoreng berbunyi.
Dari kiri: Jurulatih crew, crew biasa dan majikan. |
Aku juga pernah ditugaskan untuk menjaga di bahagian lobby. Tugas ini sangat simple tapi amat letih jika ramai pelanggan. Antara tugas di lobby ialah mengemop dan menyapu lantai, membersihkan meja makan, mengangkat dulang dan membersihkan sisa-sisa makanan di atas meja, membuang sampah dan mengelap cermin tingkap. Selain itu, aku juga pernah menjadi chef ayam. Tugas chef ayam amat letih kerana perlu menggaul ayam dengan banyak kali lambungan supaya tepung ayam menjadi sebati. Lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.
Dapat insentif ketika menjadi chef ayam |
Apa yang aku suka ketika kerja di MCD ialah semua pekerja dapat makan makanan MCD secara percuma pada waktu rehat. Aku juga sangat bosan kerana dapat makan MCD secara percuma setiap hari. Adakalanya aku bawa bekal dari rumah kerana telah muak dengan makanan MCD. Selain itu, pihak MCD juga akan menganjurkan makan malam di sebuah hotel ternama sekali setiap tahun. Ini bagi menghargai jasa pengorbanan para pekerja yang telah bertungkus lumus untuk meningkatkan kadar keuntungan jualan syarikat.
Makan malam pekerja MCD |
Banyak lagi sebenarnya benefits kerja di MCD. Kalau anda ingin tahu lebih lanjut, cepat-cepatlah pergi kerja di MCD sekarang. Apa yang paling penting, pengalaman kerja di MCD lain daripada yang lain. Tak percaya, cubalah kerja sekarang di MCD.
Sekian.
Bergambar bersama rakan-rakan sekerja ketika menghadiri kursus |
Tugas sebagai runner adalah paling sibuk bagi pekerja MCD |
Comments
Post a Comment