Pengalaman Perlumbaan Basikal
Pada 23 Disember 2017, telah berlangsungnya acara tahunan kejohanan sukan basikal bukit yang dikenali sebagai Batangan Jamboree 2017. Acara tersebut telah berjaya mendapat sambutan daripada orang ramai dengan penyertaan seramai 1500 orang. Memang sungguh ramai peminat-peminat tegar dalam acara sukan berbasikal ini kerana dapat menguji ketahanan mental dan fizikal kita.
Aku bertolak dari rumah aku iaitu di Dungun pada pukul 5.00 pagi dengan ditemani ayah aku. Kami sampai di sana sejurus saja azan subuh berkumandang. Alang-alang sudah masuk waktu subuh, kami pun sembahyang berjemaah di masjid. Walaupun masa perlepasan para peserta pada pukul 8 pagi, tetapi sudah ramai para peserta yang telah hadir pada waktu itu. Sejurus saja selesai solat, aku terus meletak basikal di garisan permulaan. Memang tidak dinafikan kalau kita parking basikal di depan peluang untuk menang itu sangat tinggi kerana tidak perlu berasak-berasak. Disebabkan aku datang lewat sikit, aku terpaksa parking basikal di bahagian tengah. Selesai saja taklimat dan bacaan doa, dengan izin Allah hujan turun dengan lebatnya. Pada masa itu sangat sejuk kerana tapak permulaan perlumbaan berada betul-betul di sebelah pantai. Oh ya lupa nak bagitahu. Tempat permulaan dan pengakhiran acara tersebut ialah di Pantai Peranginan Kelulut. Pantai tersebut menjadi tumpuan para pelancong kerana berada di jalan utama. Oleh itu, tempat tersebut sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi kejohanan.
Permulaan bermula tepat pada pukul 8 pagi. Para peserta berasak-asak untuk berada di kelompok hadapan. Ada juga team yang melakukan formasi. Aku bersama rakan sekumpulan mengekori rapat antara satu sama lain Perlumbaan itu sangat mencabar kerana perlu melawan rintangan angin yang sangat kuat beserta dengan hujan yang lebat. Laluan offroad juga sangat mencabar kerana berselut dan licin. Ada juga rider yang jatuh kerana tidak dapat mengawal basikal. Selepas 30 minit perlumbaan bermula, hujan pun terhenti. Laluan yang paling menguji ketahanan mental dan fizikal rider ialah laluan berbukit. Laluan itu sangat mencabar kerana rider perlu gunakan kudrat yang lebih.
Semasa pelepasan para peserta |
Kelibat peserta wanita dalam acara tersebut |
Kepenatan setelah sampai di garisan penamat |
Bergambar bersama rakan sepasukan |
Sekian saja daripada saya. Majulah sukan berbasikal untuk negara.
Comments
Post a Comment