Tips Untuk Jimat Duit Semasa Isi Minyak

Sharing is caring. Kali ini aku ingin berkongsi tips untuk jimat duit semasa mengisi minyak.

First off all, amalkan pengisian minyak dalam jumlah Liter, bukannya dalam RM. Sebagai contoh, pergi ke kaunter, cakap terhadap penjaga kaunter untuk isi 20 liter. Selepas itu, bayar RM46. Ini lebih baik daripada isi minyak dengan nilai RM40 kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 Liter. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja. Maknanya kita rugi 0.0094737 bagi setiap pengisian RM40.

Bayangkan kalau setiap hari ada 1000 orang yang isi minyak dengan nilai RM40, stesen minyak dah untung 9.4737 Liter. Itu kalau 1000 orang setiap hari. Kalau dah sebulan dah berapa banyak stesen minyak kaut keuntungan. Itu hanya pengiraan ringkas untuk pengisian RM40 sahaja. Bayangkan berapa banyak stesen minyak akan untung atas selisih kiraan jumlah Liter ini.

Disebabkan hal ini stesen minyak selalu buat program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM40. Mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai RM, bukan mengikut nilai Liter.


Kesimpulannya ialah:

1 Liter = RM2.30
Isi RM23 jadi 10 Liter
Isi RM46 jadi 20 Liter
Isi RM69 jadi 30 Liter




Image result for money rmImage result for nozzle







Kalau kita isi minyak sebanyak 35 Liter, perlu darab dengan RM2.30. Manakala kalau isi guna jumlah duit, Liter itu dibundarkan ke jumlah terdekat. Contohnya, 31.777 Liter. Rugi sedikit tetapi kalau tiap-tiap hari, taukey stesen minyak dah banyak untung. Oleh itu, kita perlulah jadi pengguna yang bijak dengan mengisi minyak dalam Liter, bukannya RM.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Eksekutif Bank Yang Menggodam Sistem Untuk Mencuri 1 Sen- Aman Shah

Bagaimana Sistem GPS Berfungsi?

5 Peribahasa Melayu Yang Sering Disalahertikan