Bagaimana Untuk Jaga Penampilan Diri Bagi Lelaki

Setiap lelaki inginkan penampilan yang maskulin bagi meningkatkan keyakinan diri. Hal ini kerana apabila seseorang lelaki jaga penampilan diri, aura tersendiri akan muncul iaitu diri akan terasa lebih yakin untuk bergerak ke mana-mana. Wanita juga akan memandang tinggi terhadap lelaki yang menjaga penampilan diri berbanding lelaki yang tidak mementingkan penjagaan diri yang rapi. Oleh itu, terdapat beberapa tips bagi lelaki untuk menjaga penampilan diri.


 Antaranya ialah, trim jambang anda dengan lebih rapi. Jangan biarkan jambang anda panjang dan menjadi berserabut. Hal ini akan membuatkan anda kelihatan tidak terurus dan perempuan akan menjauhi daripada mendekati diri anda kerana berasa tidak selesa. Gunakan krim perapi jambang selepas trim jambang supaya dapat meratakan dan melembapkan jambang anda.


Image result for beard trimming tips


                         Image result for beard trimming tips






Seterusnya, penampilan gaya rambut yang sesuai juga amat penting bagi seseorang lelaki. Kebanyakan perempuan akan lebih tertarik kepada lelaki yang mempunyai rambut yang berstyle. Pastikan rambut anda tidak terlalu panjang dan pendek selain memakai pomade atau krim rambut yang sesuai dengan rambut kita. Hendaklah juga menyampoo rambut kita sekurang-kurangnya 3 kali seminggu bagi menghilangkan daki dan kelemumur pada rambut kita.


Related image





                             Image result for nice hairstyles







Di samping itu, penjagaan muka juga amat penting bagi lelaki selain rambut dan jambang. Hal ini kerana penjagaan muka dapat membersihkan muka kita daripada sebarang kehadiran jerawat dan jeragat. Lelaki juga harus menitikberatkan penjagaan muka, bukan sahaja kaum hawa. Pastikan kita memilih pencuci muka yang sesuai dengan muka kita bagi mengelakkan 'breakout' terjadi.


Related image


            Related image







Selain itu, penggunaan deodorant dan perfume juga amat penting apabila seseorang lelaki itu ingin keluar bergaya. Hal ini kerana penggunaan deodorant dan perfume dapat menghilangkan bau badan apabila anda berpeluh. Pastikan bau deodorant dan perfume anda tidak terlalu kuat sehingga mengganggu keselesaan orang ramai.


                      Image result for how to use deodorant spray









Pastikan anda juga menggunakan pembersih mulut cecair selepas memberus gig bagi menghilangkan bau mulut anda ke tahap yang lebih optimum. Memberus gigi tidak dapat menghilangkan bau mulut anda 100%. Oleh itu, pastikan anda mengumur mulut anda dengan pembersih mulut cecair dengan terlalu kerap.


Related image






Jika anda mempraktikkan segala tips yang terdapat di atas, pasti ramai perempuan akan terpikat dengan anda. Oleh itu, selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Eksekutif Bank Yang Menggodam Sistem Untuk Mencuri 1 Sen- Aman Shah

5 Peribahasa Melayu Yang Sering Disalahertikan

Bagaimana Sistem GPS Berfungsi?