Pengalaman Ditemu Duga di UKM Bagi Kursus Ijazah Pentadbiran Perniagaan


Pada 5 Jun 2018, aku telah dipanggil untuk menghadiri temu duga di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi kursus Pentadbiran Perniagaan. Perasaan masa itu bercampur baur sekali dengan perasaan gelisah dan gementar datang menjelma. Lebih-lebih lagi waktu temu duga dijalankan ialah pada bulan puasa. Lagilah mencabar keimanan. Aku telah menerima surat tawaran untuk menghadiri temu duga sebulan lebih awal daripada tarikh berlangsungnya temu duga. Masa itu aku berasa sungguh gembira sekali kerana telah mendapat peluang untuk menghadiri temu duga di salah satu universiti terkemuka. Semasa mengisi borang UPU online, aku telah meletakkan UKM sebagai pilihan pertama aku. Antara sebab kenapa aku memilih UKM sebagai pilihan pertama ialah kerana UKM menawarkan kursus Pentadbiran Perniagaan selama 3 tahun berbanding universiti yang lain. Tempoh pembelajaran di UKM sangat pendek berbanding universiti yang lain. 


Ok kita berbalik kepada topik kita iaitu pengalaman aku ditemu duga di UKM. Aku bertolak dua hari awal dan menetap di rumah kakak aku di Puchong memandangkan pada waktu itu ialah waktu bulan puasa. Aku pergi bersama ibu dan ayah aku dengan menaiki bas. Pada hari temu duga berlangsung, aku bertolak seawal 7 pagi kerana perjalanan mengambil masa hampir sejam dari rumah kakak aku di Puchong untuk sampai ke Bangi. Aku sampai di UKM tepat pada pukul 8.30 pagi dan kelihatan ramai calon sudah datang untuk menghadiri temu duga. Sampai saja di bangunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, semua calon temu duga dikehendaki beratur panjang untuk mengambil giliran dan membuat pengesahan pengenalan diri. 


Para calon temu duga beratur panjang untuk mengambil nombor kumpulan dan membuat pengesahan diri
                                                

Setelah membuat pengesahan diri, aku bersama calon yang lain dikehendaki masuk ke satu bilik untuk di temu duga. Satu kumpulan dibentuk sebelum masuk ke bilik temu duga iaitu seramai 8 orang dan aku satu-satunya lelaki dalam kumpulan ketika aku ditemu duga. Sewaktu dipanggil masuk ke dalam bilik temu duga, didapati terdapat 3 orang penemu duga dan mereka merupakan para pensyarah UKM di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Perkara pertama yang ditanya sewaktu ditemu duga ialah kita perlu memperkenalkan diri seorang demi seorang dalam Bahasa Inggeris. Selepas selesai sesi memperkenalkan diri, tiba waktunya para calon perlu memberi pandangan masing-masing tentang isu yang diketengahkan dalam Bahasa Melayu. Setiap kumpulan mendapat isu-isu yang berbeza. Kumpulan aku telah mendapat isu PRU-14. Pada waktu itu, aku memberi segala hujah yang terlintas berada di fikiran aku hahahhaa. Aku hentam je tak tahu betul atau salah. Yang penting kita perlu konfiden. 


Setelah selesai memberi hujah dan pandangan, waktu temu duga pun habis. Semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdullilah, kini aku bergelar mahasiswa di UKM dan temu duga tersebut telah aku lulus. Syukur ke hadrat ilahi kerana telah memakbulkan doa aku untuk lulus dalam temu duga tersebut. Sekian.



                                    













Comments

  1. Nk tnya antara Subjek dalam pentadbiran perniagaan apa ye? Dan antara skop pekerjaan dia?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah Eksekutif Bank Yang Menggodam Sistem Untuk Mencuri 1 Sen- Aman Shah

5 Peribahasa Melayu Yang Sering Disalahertikan

6 Sebab Kenapa 7 Eleven Di Jepun Adalah Yang Terbaik Di Dunia