Pengalaman pergi ke Pulau Kapas bersama kawan-kawan aku memang tidak dapat dilupakan. Pergi ke pulau bersama kawan-kawan sebenarnya lebih enjoy berbanding dengan family. Yelah kan sebab di pulau tempat untuk kita enjoy dan release stres, bukannya tempat untuk kita pergi shopping. Kalau tempat untuk kita bershopping, barulah kita pergi dengan family. Sebab pergi dengan family mungkin kita akan dapat sponsor hahahaa. Jeti untuk pergi ke Pulau Kapas ialah di Jeti Marang. Pulau Kapas sebenarnya terletak berhampiran pesisir daerah Marang. Jadi, Jeti Marang merupakan kawasan yang strategik untuk pergi ke Pulau Kapas. Terengganu mempunyai pelbagai pulau-pulau yang menarik. Aku memilih untuk pergi ke Pulau Kapas kerana bajet untuk pergi ke sana adalah lebih murah berbanding bajet untuk pergi ke pulau-pulau yang lain. Disebabkan Pulau Kapas tidak begitu jauh dari rumah aku iaitu di Dungun, aku dan kawan-kawan aku bercadang untuk pergi balik hari saja. Kosnya pun murah iaitu RM50 sahaja termasuk tambang bot pergi dan balik serta aktiviti dan peralatan snorkelling. Aku pergi bersama dua orang rakan karibku sewaktu aku berada di Form 6. Kami bertolak dari Dungun pada pukul 9 pagi selepas selesai bersarapan pagi dan sampai di jeti pada pukul lebih kurang 10.30 pagi.
Sejurus saja sampai di jeti, kami terus pergi ke kaunter MGH Boat Service kerana perkhidmatan yang mereka tawarkan betul-betul murah iaitu RM50 berbanding boat service yang lain. Perjalanan kami menaiki bot untuk ke Pulau Kapas berjalan dengan lancar kerana keadaan cuaca pada hari itu sangat baik. Perjalanan hanya mengambil masa sekitar 30 minit. Sampai saja di Pulau Kapas, kami terus mencari port yang terbaik untuk mandi. Kami bawa bekalan makanan awal-awal kerana harga makanan di pulau sangat mencekik darah. Selepas selesai mandi manda dan solat zohor, kami pergi ke aktiviti seterusnya iaitu aktiviti snorkelling. Aktiviti snorkelling sangat menyeronokkan kerana dapat melihat pelbagai haiwan akuatik seperti ikan nemo, terumbu karang dan sebagainya. Di Pulau Kapas juga terdapat aktiviti berkayak yang ditawarkan dengan harga berpatutan.
 |
MGH Boat Service |
 |
Terumbu karang dan ikan |
 |
Aktiviti snorkelling |
Setelah puas bermandi manda dan bersnokelling, akhirnya kami pulang ke jeti tepat pada pukul 5 petang. Kami berasa puas dan seronok kerana seharian dapat melihat keindahan ciptaan alam. Kami akan pergi lagi pada masa akan datang. Sekian saja daripada saya, Kepada sesiapa yang belum lagi pergi ke pulau, pergilah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kerana anda pasti tidak akan menyesal;)
 |
Bergambar bersama kawan-kawan |
Comments
Post a Comment