Posts

Showing posts from September, 2018

Pengalaman Kerja di MCD

Image
Entri kali ini aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku bekerja di MCD selepas aku habis zaman persekolahan STPM. Waktu itu boleh dikatakan semua student STPM bekerja kerana masa untuk menunggu result keluar memang agak lama iaitu hampir 10 bulan. Memang 'pishang' lah kalau kita tidak buat apa-apa kan. Lebih baik bekerja sekurang-kurangnya dapatlah jugak duit poket serta pengalaman bekerja. Aku mula bekerja selepas tamat saja peperiksaan STPM Penggal 3. Memang agak letih sikit sebab aku tidak berehat selepas peperiksaan. Kebiasaannya para pelajar akan menenangkan fikiran dahulu sebelum mencari pekerjaan. Tetapi tidak bagi aku kerana aku tahu permintaan pekerjaan selepas tempoh peperiksaan berakhir akan meningkat.  Pada hari pertama kerja, aku ditugaskan untuk berada di bahagian dapur. Kalau korang nak tahu di bahagian dapur terdapat banyak sektor iaitu terdiri daripada sektor 1,2, sinki, tempat penyejuk beku, sektor kentang goreng dan sebagainya. Untuk pengetahuan korang

Pengalaman Belajar di Form 6

Image
Ramai orang tidak suka untuk sambung belajar di Form 6. Salah seorangnya adalah aku hahaha. Yelah kan siapa je yang tak nak sambung belajar di universiti selepas SPM. Sebenarnya zaman Form 6 adalah zaman yang paling seronok kalau nak dibandingkan dengan zaman SPM. Mengapa aku berpendapat sedemikian. Haaa sebenarnya aku merupakan salah seorang pelajar lepasan STPM. Mari aku terangkan serba sedikit zaman aku belajar sewaktu di Form 6 dulu. Aku sebenarnya tidak mahu pun untuk sambung belajar di Form 6. Yelah kan semua kawan-kawan kita dapat berita gembira untuk sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi seperti diploma, matrik, dan asasi. Siapa je yang tidak bosan untuk terus belajar di sekolah selama lebih 5 tahun. Tapi rezeki aku Allah dah tetapkan untuk belajar di Form 6. Aku terima dengan seadanya. Masa itu aku bertekad untuk teruskan pengajian aku di Form 6 dan alhamdullilah aku dapat survive.  Kalau korang nak tahu, bermula pada tahun 2014, Kementerian Pelajaran Mal

Pengalaman Perlumbaan Basikal

Image
Pada 23 Disember 2017, telah berlangsungnya acara tahunan kejohanan sukan basikal bukit yang dikenali sebagai Batangan Jamboree 2017. Acara tersebut telah berjaya mendapat sambutan daripada orang ramai dengan penyertaan seramai 1500 orang. Memang sungguh ramai peminat-peminat tegar dalam acara sukan berbasikal ini kerana dapat menguji ketahanan mental dan fizikal kita. Aku  bertolak dari rumah aku iaitu di Dungun pada pukul 5.00 pagi dengan ditemani ayah aku. Kami sampai di sana sejurus saja azan subuh berkumandang. Alang-alang sudah masuk waktu subuh, kami pun sembahyang berjemaah di masjid. Walaupun masa perlepasan para peserta pada pukul 8 pagi, tetapi sudah ramai para peserta yang telah hadir pada waktu itu. Sejurus saja selesai solat, aku terus meletak basikal di garisan permulaan. Memang tidak dinafikan kalau kita parking basikal di depan peluang untuk menang itu sangat tinggi kerana tidak perlu berasak-berasak. Disebabkan aku datang lewat sikit, aku terpaksa parking basikal d

Kedekut yang cerdik

Ini adalah berdasarkan kisah yang benar. Saya telah berborak dengan seorang sahabat si Jabit (bukan nama sebenar). Sahabat saya berkongsi cerita tentang sahabatnya. Mereka merupakan suami isteri yang bekerja sebagai doktor perubatan. Anda boleh bayangkan gaji kedua-duanya selepas 5 tahun bekerja. Saya fikir mungkin mencecah RM9000 sebulan untuk kedua-duanya tak termasuk dengan "menoreh" pada malam hari atau pada hujung minggu di klinik-klinik swasta. Apa yang menariknya, si Budi (bukan nama sebenar) ialah seorang yang sangat kedekut. Namun saya suka lihat dia dengan idea kedekutnya. Di saat para doktor yang lain mula tukar kereta kepada yang lebih mahal seperti Civic, City, Crv, Vios, Bmw, Mercedes dan sebagainya, tetapi dia hanya membeli sebuah kereta Kelisa terpakai untuk kegunaan suami isteri. Ada juga sebiji motor kapcai bawah 110cc untuk kegunaan ke masjid dan surau serta ke kedai runcit. Jabit pernah tanya kepada si Budi. Kenapa tak pakai kereta yang mewah dan besar

Bukan Jantan Kalau Tidak Minat Motosikal

Image
Deruman bunyi enjin motosikal berkuasa tinggi menyebabkan jiwa-jiwa jantan yang meminati motosikal berkuasa tinggi menjadi bergerodak lebih-lebih lagi jika motosikal tersebut mempunyai kuasa kuda yang tinggi(CC), iaitu 1000(CC) dan ke atas lalu dipadankan dengan ekzos Akrapovic, Termignoni, Leo Vince, Arrow, Yoshimura, Sc Project dan sebagainya. Kebanyakan motosikal yang baharu kebiasaannya mempunyai ekzos yang standard yang bunyinya tidak begitu merdu dan nyaring. Hal ini menyebabkan motosikal kita kelihatan tidak begitu menarik untuk ditunggangi. Di Malaysia, taburan pengguna motosikal berkuasa tinggi lebih tertumpu di kawasan bandar kerana para pemilik motosikal berkuasa tinggi merupakan golongan-golangan yang 'bangsawan'. Kos untuk melakukan rutin servis bagi sesebuah motosikal berkuasa tinggi juga amatlah tinggi.  Kita sedia maklum bahawa harga sebuah motosikal berkuasa tinggi adalah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan harga sebuah motosikal kapcai. Ada juga moto