Posts

Showing posts from October, 2018

Sejarah Iphone Yang Ramai Tak Tahu

Image
Apple Iphone merupakan salah satu jenama telefon pintar paling popular yang ada di negara kita. Berjalan ke mana-mana, nampak agak mudah untuk kita menjumpai pemilik Iphone tak kiralah versi mana sekalipun. Adakah anda salah seorang pemilik produk revolusi Apple ini? Tahukah anda mengapa Iphone sangat dipandang tinggi oleh penggemar teknologi? Sebab sebenar produk dari Apple itu menjadi kegilaan ramai adalah kerana Iphone adalah contoh bagaimana peranti telefon dapat dimajukan selepas zaman millenia di mana teknologi terhadap telefon lebih kepada bagaimana hendak menterjemahkan komputer ke dalam bentuk telefon. Apa yang berjaya ditonjolkan oleh Apple adalah bagaimana mereka menukar perspektif yang telah sekian lama dipegang di mana komputer pula dapat digantikan dengan sebuah peranti telefon mudah alih. Dengan rekaan paparan antara muka yang menarik (pada ketika itu) Iphone telah merevolusikan bagaimana pengguna mengakses internet dalam bentuk mudah alih. Mari kita belajar sedikit

7 sebab anda patut beli Iphone 8 berbanding Iphone X

Image
Iphone telah lama menjadi kegilaan orang ramai berbanding model-model handphone yang lain kerana ciri-cirinya yang tersendiri seperti reka bentuknya, cameranya yang cantik dan lain-lain lagi. Namun, persoalannya, iPhone yang manakah patut anda beli? Jawapannya terpulang kepada kemampuan dan kemahuan anda. Di sini saya ingin berkongsi 6 sebab kenapa anda patut beli iPhone 8 berbanding iPhone X. 1. iPhone 8 Mempunyai "Otak" Yang Sama Dengan iPhone X Ini adalah antara sebab utama mengapa anda perlu pertimbangkan pemilihan antara kedua-dua iphone ini, kerana keduanya mempunyai fungsi keseluruhan yang lebih kurang sama. iPhone 8 & iPhone X dikuasakan oleh teknologi baru Apple iaitu A11 Bionic Chip, sebuah enjin saraf (Neural Engine) dan M11 motion ko-prosesor. Satu-satunya perbezaan adalah cara penggunaan teknologi-teknologi ini oleh kedua-dua iPhone. iPhone X menggunakan cip A11 dan enjin saraf bagi sistem pengesanan ID muka, yang mana tidak terda

Bagaimana Untuk Jaga Penampilan Diri Bagi Lelaki

Image
Setiap lelaki inginkan penampilan yang maskulin bagi meningkatkan keyakinan diri. Hal ini kerana apabila seseorang lelaki jaga penampilan diri, aura tersendiri akan muncul iaitu diri akan terasa lebih yakin untuk bergerak ke mana-mana. Wanita juga akan memandang tinggi terhadap lelaki yang menjaga penampilan diri berbanding lelaki yang tidak mementingkan penjagaan diri yang rapi. Oleh itu, terdapat beberapa tips bagi lelaki untuk menjaga penampilan diri.  Antaranya ialah, trim jambang anda dengan lebih rapi. Jangan biarkan jambang anda panjang dan menjadi berserabut. Hal ini akan membuatkan anda kelihatan tidak terurus dan perempuan akan menjauhi daripada mendekati diri anda kerana berasa tidak selesa. Gunakan krim perapi jambang selepas trim jambang supaya dapat meratakan dan melembapkan jambang anda.                           Seterusnya, penampilan gaya rambut yang sesuai juga amat penting bagi seseorang lelaki. Kebanyakan perempuan akan lebih tertarik kepada l

Variety brands of heavy vehicles in Malaysia

Image
SCANIA Scania AB , formerly  AB Scania-Vabis , is a major Swedish  manufacturer  of  commercial vehicles  – specifically heavy  trucks  and  buses . It also manufactures  diesel engines  for heavy vehicles as well as  marine  and general industrial applications. Scania AB was formed in 1911 through the merger of  Södertälje -based  Vabis  and  Malmö -based  Maskinfabriks-aktiebolaget Scania . The company's head office has been in  Södertälje  since 1912. Today, Scania has production facilities in Sweden, France, Netherlands, India, Argentina, Brazil, Poland, and Russia. In addition, there are assembly plants in ten countries in Africa, Asia and Europe. Scania's sales and service organisation and finance companies are worldwide. In 2012, the company employed approximately 42,100 people around the world. Scania was listed on the  NASDAQ OMX Stockholm  stock exchange from 1996 to 2014. Scania's logo shows a  griffin , from the  coat of arms  of the  province of S

Cinta Pandang Pertama

Image
Cinta pandang pertama aku bermula pada Tingkatan 4. Waktu itu aku ada program belajar berkumpulan, iaitu subjek matematik tambahan. 'Dia' merupakan mentor aku. Namanya Raihanah Yasmin. Kecil molek bentuk badannya serta perangai manja dia membuatkan aku jatuh cinta pada pandangan pertama. Semenjak daripada program itu, fikiran aku selalu terfikir pasal si dia. Aku sedaya upaya mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan nombor telefon bimbitnya. Aku telah dapat nombor telefonnya daripada seorang kawannya.  Setiap hari aku terbayang bagaimana jika dia dapat aku miliki. Dan aku pernah cuba untuk meluahkan perasaan suka aku terhadap dia. Dan dia belum bersedia untuk menerima segala luahan hati aku itu. Mungkin suatu hari nanti dia akan terima cinta aku itu;)                                        

Cita-Citaku Yang Tidak Kesampaian

Image
Dulu aku mempunyai cita-cita yang tinggi. Sejak kecil lagi aku suka melihat kapal terbang. Entah kenapa aku tetiba suka melihat kapal terbang setelah ayah aku membawa aku melihat kapal terbang di lapangan terbang. Mungkin salah satunya ialah bentuknya yang sangat besar serta bunyi deruman enjinnya ketika waktu berlepas dan mendarat. Dan setelah aku melihat para juruterbang dengan kesegakan bajunya, barulah muncul perasaan aku untuk menjadi juruterbang. Perasaan aku untuk menjadi juruterbang sangat membuak-buak semenjak hari itu. Dan aku bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mengejar cita-citaku itu.                                     Sewaktu zaman persekolahan di sekolah rendah tiada masalah bagiku. Aku mampu untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. Tetapi masuk sahaja ke alam sekolah menengah sewaktu Tingkatan 4, zaman gelap aku mulai muncul. Aku bukanlah seorang yang pintar dan bersekolah di asrama penuh. Aku hanyalah insan biasa-biasa saja. Kelemahan aku ia

Pulau Kapas Adventure

Image
Pengalaman pergi ke Pulau Kapas bersama kawan-kawan aku memang tidak dapat dilupakan. Pergi ke pulau bersama kawan-kawan sebenarnya lebih enjoy berbanding dengan family. Yelah kan sebab di pulau tempat untuk kita enjoy dan release stres, bukannya tempat untuk kita pergi shopping. Kalau tempat untuk kita bershopping, barulah kita pergi dengan family. Sebab pergi dengan family mungkin kita akan dapat sponsor hahahaa. Jeti untuk pergi ke Pulau Kapas ialah di Jeti Marang. Pulau Kapas sebenarnya terletak berhampiran pesisir daerah Marang. Jadi, Jeti Marang merupakan kawasan yang strategik untuk pergi ke Pulau Kapas. Terengganu mempunyai pelbagai pulau-pulau yang menarik. Aku memilih untuk pergi ke Pulau Kapas kerana bajet untuk pergi ke sana adalah lebih murah berbanding bajet untuk pergi ke pulau-pulau yang lain. Disebabkan Pulau Kapas tidak begitu jauh dari rumah aku iaitu di Dungun, aku dan kawan-kawan aku bercadang untuk pergi balik hari saja. Kosnya pun murah iaitu RM50 sahaja termasuk

Pengalaman Ditemu Duga di UKM Bagi Kursus Ijazah Pentadbiran Perniagaan

Image
Pada 5 Jun 2018, aku telah dipanggil untuk menghadiri temu duga di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi kursus Pentadbiran Perniagaan. Perasaan masa itu bercampur baur sekali dengan perasaan gelisah dan gementar datang menjelma. Lebih-lebih lagi waktu temu duga dijalankan ialah pada bulan puasa. Lagilah mencabar keimanan. Aku telah menerima surat tawaran untuk menghadiri temu duga sebulan lebih awal daripada tarikh berlangsungnya temu duga. Masa itu aku berasa sungguh gembira sekali kerana telah mendapat peluang untuk menghadiri temu duga di salah satu universiti terkemuka. Semasa mengisi borang UPU online, aku telah meletakkan UKM sebagai pilihan pertama aku. Antara sebab kenapa aku memilih UKM sebagai pilihan pertama ialah kerana UKM menawarkan kursus Pentadbiran Perniagaan selama 3 tahun berbanding universiti yang lain. Tempoh pembelajaran di UKM sangat pendek berbanding universiti yang lain.  Ok kita berbalik kepada topik kita iaitu pengalaman aku ditemu duga di UKM. Aku